Wednesday, 15 October 2014

Tasik Kenyir

Hari Isnin, 6 Oktober 2014 kami berdua pergi dating ke Kuala Terengganu. Nak pergi Tasik Kenyir !
Akhirnya dapat jugak pergi jeti Tasik Kenyir yang menurut suami saya En Gejet, katanya "Nothing kat sana". Tipu je. Sampai sana haaa ko terkejut tgk pembangunan kat sana. Haahahahhaha.

First time pergi sana, pada pandangan saya memang CHANTIK!!! Lain benar jika dibandingkan dengan Tasik Banding. Siap ada pejabat pentadbiran, kedai jual cerderamata pon tersusun, lepas tu ada dataran untuk pengunjung lepak-lepak dan ambil gambar. 

So apa lagi, It's Time To Take A Picture !!!





Di atas ni dataran nak ke jeti Tasik Kenyir.


Ni pulak lanskap kat sana.




Yang ini pejabat urusan Tasik Kenyir.



Peta dan maklumat tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir.







Itu la sedikit sebanyak gambar yang telah diambil di sana. Pengalaman sendiri lagi best kot. Sebab dapat rasa suasana yg harmoni. Haaa tu baru kat jeti jer. Belum lagi ke Tasik Kenyir nya.


Tuesday, 14 October 2014

KARI HIJAU THAI

                                       

Bahan-bahan:
400g Ayam
1 cmb Ketumbar
½ cmb Jintan Manis
4 helai Daun Limau Purut
1 btg Serai
½ bj Bawang Besar
1 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
50g Daun Ketumbar
20 bj Cili Api Hijau
200 ml Pati Santan
750 ml Air
2 cmt Garam
1 cmb Gula
2 cmb Minyak Masak
Sayur-sayuran seperti Kacang Panjang, Terung, Carrot atau Ubi Kentang dan sebagainya.

Cara membuatnya
1.Pertama sekali, buat Pes Kari Hijau dengan mengisar ketumbar, jintan manis, bawang besar, bawang putih, halia, cili api dan daun ketumbar. Ayam perlu dibersihkan dan potong mengikut saiz yang digemari.
2.Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan daun limau purut yang diketuk serta Pes Kari Hijau sehingga wangi.
3.Masukkan air dan santan. Masukkan juga ayam dan sayur-sayuran yang lambat empuk. Kacau sentiasa sehingga mendidih dan sayur empuk.
4.Perasakan dengan garam dan gula serta masukkn sayuran yang mudah empuk.
5.Apabila mendidih dan sayurnya masak, hidangkan panas-panas bersama nasi.

Selamat Mencuba!

Ikan Patin Masak Tempoyak

                                                     

Bahan-Bahan:
Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak-agak, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asaam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) (tak letak pun tak apa)

Cara-cara

1. Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.

2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biarkan selama 3 minit. Kemudian masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, jikalau terasa sangat pedas masukkan gula sikit.

3. Cadangan Hidangan: Sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan. Selamat mencuba.

4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap. Masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Ayam Bakar Bermadu

                                                             
Bahan-bahan
 2 ketul ayam
 1 sudu teh serbuk cili
 1 sudu madu
 1 sudu perahan limau
 Garam dan gula secukup rasa
Bahan A (dikisar)
 5 biji cili merah
 1 batang serai
 1 cm kunyit
 5 biji bawang merah
Bahan B (disangai dan ditumbuk)
 1 sudu teh serbuk jintan putih
 1 sudu teh lada hitam
Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta bahan tumbuk hingga naik baunya.
2. Masukkan serbuk cili dan perahan limau lalu digaul sebati.
3. Perasakan dengan madu, garam dan gula secukupnya.
4. Perapkan ayam bersama perapan tadi selama ½ jam sebelum dibakar hingga masak.
5. Hidangkanlah ayam bersama air asam serta sambal belacan dan dimakan bersama nasi.
Tips
1. Selain madu dicampurkan bersama bahan perapan, madu juga boleh disapu apabila ayam separuh masak dan dibakar semula hingga masak.

Mee Rebus Johor

                                          



BAHAN-BAHAN KUAH MI REBUS JOHOR :
1.5 tulang lembu (gear box), cuci bersih*
2 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih*
6 liter air*(*direbus 2 jam)
700 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
800 gram keledek oren, rebus dan lecek halus (boleh ganti dengan kentang)
3 1/2 camca besar rempah kari daging (baba's)
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
2 batang serai, diketuk
1 inci lengkuas, diketuk
3 camca besar tauco, tumbuk halus
3 camca besar cili kisar
100 gram udang kering, rendam 10 minit, tos dan kisar halus
1 cawan kacang tanah, disangrai, buang kulit dan tumbuk halus
3 camca besar gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji bawang besar 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 kg mi kuning, cuci dan celur 30 saat, toskan
Telur rebus secukupnya, belah 2 setiap 1
Tauhu, digoreng dan hiris 
Taugeh, dibersihkan, siram dengan air panas dan toskan
Hirisan daun sup/ daun bawang
Hirisan cili merah/cili hijau
Bawang goreng secukupnya
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Tepung rangup (optional)

CARA MEMBUATNYA :

  1. UNTUK KUAH MI REBUS : Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1 cawan). Tumis serai dan lengkuas hingga harum, kemudian masukkan cili kisar dan tauco, masak hingga garing. Sementara itu, bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Masukkan ke dalam periuk, masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan udang kering kisar dan daging. Kacau rata, masak sekejap hingga daging kecut. Tuang air rebusan tulang lembut bersama dengan tulang2nya sekali. Kacau rata dan biar mendidih (tambah air jika perlu). Masukkan keledek yang dilecek tadi, kacau perlahan dan masak dengan api sederhana. Tambah gula melaka dan biar seketika.
  3. Tambah kacang tanah tumbuk dan tomato, kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya, dan jika kurang manis, masukkan sedikit gula pasir (biasanya mi rebus agak manis sedikit, tapi bukanlah manis seperti pengat, anda pandai2 lah agak, ikut selera masing2). Masak hingga kuah kelihatan pekat (boleh juga masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam kuah untuk lebih pekat, caranya 1 atau 2 camca besar tepung gandum + 1/2 cawan air, kacau rata dan masukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat). Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK MI REBUS JOHOR : Masukkan mi secukupnya ke dalam mangkuk sesuai, Tuang kuah mi rebus secukupnya. Letak taugeh, tauhu goreng, hirisan cili merah/cili hijau, hirisan daun bawang/daun sup, tepung rangup, telur rebus dan belahan limau kasturi. Kalau suka anda boleh renjiskan sedikit kicap lemak manis JALEN sebelum dihidangkan...Sedap dimakan panas..

Monday, 13 October 2014

Kenyir Elephant Village


Tarikh : 6 Oktober 2014 (Isnin)

Lepas shooting-shooting di Tasik Kenyir, kami menerokai lagi jalan Kenyir tu. Nampak la signboard tulis Air Terjun Sungai Buweh. Berkobar-kobar la nak pergi. Dapat cecah kaki pon jadi.

So jalan punya jalan, ternampak la signboard di bawah ni.




Wooooo ada perkampungan gajah kat Kenyir rupanya. Tanya En. Suami adakah dia tahu. Dia pon terkojut ada gajah kat Kenyir. Phewww nasib baik paksa pergi Kenyir. Kalau tak sampai bila-bila pon tak tahu.

Kami pon berhenti di sini. Pergi ke kaunter beli ticket. Tiket kene bayar macam gambar di bawah ni.


Dengan Pertunjukan Gajah (MyKad):
1) Dewasa RM 30.00
2) Kanak-kanak (7 - 12 tahun) RM 15.00
3) Kanak-kanak (bawah 6 tahun) PERCUMA

Tanpa Pertunjukan Gajah (MyKad): 
a) Dewasa RM 20.00
b) Kanak-kanak (7 - 12 tahun) RM 10.00
c) Kanak-kanak (bawah 6 tahun) PERCUMA

Dengan Pertunjukan Gajah (Tanpa MyKad):
1) Dewasa RM 100.00
2) Kanak-kanak (7 - 12 tahun) RM 50.00
3) Kanak-kanak (bawah 6 tahun) PERCUMA

Kami berdua bayar RM 20 seorang dan masing-masing dapat pas masuk seperti dibawah ini.


Masa nak jalan masuk ada la awek tourist guide. Sementara nak ke Titian Gantung, sempat la bertanya. Katanya tempat ni baru buka pada Mei 2014. Gajah baru ada 8 ekor. Gajah adalah gajah tempatan. Tak main la import-import ni.

Di Titian Gantung sempat lah kami berposing. 




Akhir titian ni kami sampai di sini.


Ia adalah sambungan ke Menara 1.



Dari Menara 1 nak ke Menara 2 kene lalu titian gantung lagi. 


Dari Menara 2 nak ke Menara 3, terjumpa la seekor gajah. Masa ambil gambar ni atas titian gantung. Gambar ni dah di zoom 4x. Jadi tak nampak sgt la tingginya titian gantung ni.




Sampai la ke Menara 4. Dekat sini ada satu kandang gajah untuk ujikaji.




Sampai juga kami di menara terakhir iaitu Menara 5. Menara ni tinggi skit. Kene panjat tangga.



Dekat sini terdapat 2 ekor gajah. Mak gajah dan anak gajah. Kami jenguk dari atas sahaja. Sebab takut. hahhahahahhaha....

Kemudian penjaga gajah kata boleh turun bawah. Nak pegang dan belai gajah ke kan... So kami pon apa lagi turun ke tanah ler.




Pada mulanya cuak gak nak pegang gajah-gajah ni. Takut kene tempik tepi telinga. Memang jinak gajah ni. Si anak gajah memang nakal. Suka tarik seluar aku derrrrr.....Dah la pakai seluar pario... Bila disedut dengan belalai dia terus tertarik. Ceittt...

Kemudian kami berjalan lagi. Nampak la tempat pertunjukkan gajah... Haaa nak tau, tak payah beli tiket dengan pertunjukkan pon boleh nampak gajah beraksi...kih kih kih.

Kami jalan lagi. Nampak la satu tempat ni. Di mana pengunjung boleh bermesra dengan gajah. Ada 3 ekor gajah.







Hajat dihati nak naik gajah. Tapi masa pergi ke tempat tunggang gajah, gajah tak ada. So kami pon jalan la ke tempat gajah mandi. Jauh gak jalan. Nasib baik ada jambatan nak ke sana. Sampai kat sana gajah tak de jugak...Rupanya gajah mandi jam 3.00 petang. Masa tu jam 1.00 petang. Jadi kami pon memesan minuman di situ untuk hilangkan dahaga.

Ni la tempat mandi gajah.


Kami pon balik ke tempat parkir kereta.


Cuaca masa ni boleh tahan ler panas. Nasib baik ada ambil CoQ Health Plus Shaklee. Pelindung UV dari dalam badan.



Kalau nak order boleh call saya di 012-5915234