Monday, 13 October 2014

Kenyir Elephant Village


Tarikh : 6 Oktober 2014 (Isnin)

Lepas shooting-shooting di Tasik Kenyir, kami menerokai lagi jalan Kenyir tu. Nampak la signboard tulis Air Terjun Sungai Buweh. Berkobar-kobar la nak pergi. Dapat cecah kaki pon jadi.

So jalan punya jalan, ternampak la signboard di bawah ni.




Wooooo ada perkampungan gajah kat Kenyir rupanya. Tanya En. Suami adakah dia tahu. Dia pon terkojut ada gajah kat Kenyir. Phewww nasib baik paksa pergi Kenyir. Kalau tak sampai bila-bila pon tak tahu.

Kami pon berhenti di sini. Pergi ke kaunter beli ticket. Tiket kene bayar macam gambar di bawah ni.


Dengan Pertunjukan Gajah (MyKad):
1) Dewasa RM 30.00
2) Kanak-kanak (7 - 12 tahun) RM 15.00
3) Kanak-kanak (bawah 6 tahun) PERCUMA

Tanpa Pertunjukan Gajah (MyKad): 
a) Dewasa RM 20.00
b) Kanak-kanak (7 - 12 tahun) RM 10.00
c) Kanak-kanak (bawah 6 tahun) PERCUMA

Dengan Pertunjukan Gajah (Tanpa MyKad):
1) Dewasa RM 100.00
2) Kanak-kanak (7 - 12 tahun) RM 50.00
3) Kanak-kanak (bawah 6 tahun) PERCUMA

Kami berdua bayar RM 20 seorang dan masing-masing dapat pas masuk seperti dibawah ini.


Masa nak jalan masuk ada la awek tourist guide. Sementara nak ke Titian Gantung, sempat la bertanya. Katanya tempat ni baru buka pada Mei 2014. Gajah baru ada 8 ekor. Gajah adalah gajah tempatan. Tak main la import-import ni.

Di Titian Gantung sempat lah kami berposing. 




Akhir titian ni kami sampai di sini.


Ia adalah sambungan ke Menara 1.



Dari Menara 1 nak ke Menara 2 kene lalu titian gantung lagi. 


Dari Menara 2 nak ke Menara 3, terjumpa la seekor gajah. Masa ambil gambar ni atas titian gantung. Gambar ni dah di zoom 4x. Jadi tak nampak sgt la tingginya titian gantung ni.




Sampai la ke Menara 4. Dekat sini ada satu kandang gajah untuk ujikaji.




Sampai juga kami di menara terakhir iaitu Menara 5. Menara ni tinggi skit. Kene panjat tangga.



Dekat sini terdapat 2 ekor gajah. Mak gajah dan anak gajah. Kami jenguk dari atas sahaja. Sebab takut. hahhahahahhaha....

Kemudian penjaga gajah kata boleh turun bawah. Nak pegang dan belai gajah ke kan... So kami pon apa lagi turun ke tanah ler.




Pada mulanya cuak gak nak pegang gajah-gajah ni. Takut kene tempik tepi telinga. Memang jinak gajah ni. Si anak gajah memang nakal. Suka tarik seluar aku derrrrr.....Dah la pakai seluar pario... Bila disedut dengan belalai dia terus tertarik. Ceittt...

Kemudian kami berjalan lagi. Nampak la tempat pertunjukkan gajah... Haaa nak tau, tak payah beli tiket dengan pertunjukkan pon boleh nampak gajah beraksi...kih kih kih.

Kami jalan lagi. Nampak la satu tempat ni. Di mana pengunjung boleh bermesra dengan gajah. Ada 3 ekor gajah.







Hajat dihati nak naik gajah. Tapi masa pergi ke tempat tunggang gajah, gajah tak ada. So kami pon jalan la ke tempat gajah mandi. Jauh gak jalan. Nasib baik ada jambatan nak ke sana. Sampai kat sana gajah tak de jugak...Rupanya gajah mandi jam 3.00 petang. Masa tu jam 1.00 petang. Jadi kami pon memesan minuman di situ untuk hilangkan dahaga.

Ni la tempat mandi gajah.


Kami pon balik ke tempat parkir kereta.


Cuaca masa ni boleh tahan ler panas. Nasib baik ada ambil CoQ Health Plus Shaklee. Pelindung UV dari dalam badan.



Kalau nak order boleh call saya di 012-5915234

No comments:

Post a Comment