Raya Aidiladha kali pertama ni balik ke Kuala Berang, Terengganu. Rasa lain bila dah ada keluarga sendiri. Teruja pon ada, takut pon ada. Maklum la beraya dengan keluarga mak mertua.
Bertolak dari Kuala Lumpur hari Sabtu 4 Oktober 2014. Ramai yang dah balik hari Jumaat. So bajet tak jem ler...kih kih kih...Nan hadooooooooo.... baru lepas simpang nak ke UIA dah jem. Mula la rasa cm tk sedap hati je. Teringat adik ipar raya puasa balik 16 jam...
Nak tak nak ikut je la arus jem tu. Nasib baik sampai kat Gambang je. Lepas Gambang dah boleh rempit. Best ikut highway pantai timur ni. Tak de AES. So boleh le tekan minyak sampai 160 km/jam. Heaven!!!
Sampai di R&R Gambang, jam dah pukul 12 tghari. Perut dah mula berkeroncong. So berhenti la rehat. Dalam otak dah pikir nak makan ikan patin. So misi mencari ikan patin masak tempoyak.
Tadaaaa.... Nyummy.. Memang best. Lepas perut kenyang, sambung balik perjalanan. Sampai ke Kuala Berang jam 4.30 petang.
Bila orang luar beraya ke negeri Pantai Timur, mereka akan rasa teruja sebab sebelum ni banyak dengar cerita yang raya haji di pantai timur sangat meriah. Mau nya tak teruja.
Konsep raya haji di sana ialah memberi makan kepada sanak saudara setelah lembu dan kambing di sembelih. Disamping dengan juadah tradisional yang enak belaka. Gambo makanan? Tak sempat nak ambil sebab perut dah lapar. Hahahahha...
Makanan yang terbest yang mak mentua masak ialah Nasi Dagang. Sedappp!!! Gambo? Alaaa malu la nak amik...Kang deme kata kita ni mcm tk penah tengok nasi dagang.
Dari pagi sampai ke malam hari Ahad 5 Oktober tu, memang aktiviti nya makan makan makan. Sampai perut ni tak tau mana nk sumbat makanan lagi. Sib baik bawak Lecithin dan Omega Shaklee. Sedikit sebanyak dapat menguraikan lemak lemak haiwan ini.
Part paling best bila adik-adik ipar panggang daging korban yang telah di marinate dengan lada hitam dan segala rencah. Perghhhhh.... Enak sekali! Lembut daging nya. Gambo? Lagi sekali terlupa nak bawak handphone yang ku tinggalkan dalam bilik...hahhahahahha... Makan punya pasal semua lupa....
Dah kenyang terus tido...
No comments:
Post a Comment